Sebab-Sebab Terjadinya Jerawat
1. Alahan Kepada Makanan
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Minum air yang tidak mencukupi mengurangkan pengaliran darah badan. Oleh yang demikian, toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
2. Tidur
Sistem pembaikan sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kekurangan tidur. Kita harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sistem imunisasi yang optimum. Jam pukul 12mlm-3pagi merupakan masa penting untuk badan kita memperbaiki sel sel badan.
3. Pemilihan Produk Yang Salah.
Produk kulit yang tidak sesuai seperti terlalu berminyak, make up yang boleh menyumbat liang roma merupakan faktor utama yang menyebabkan jerawat. Tabiat sering bertukar produk kulit juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
4. Bakteria
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang lebih banyak bakteria menjangkit kulit kita. Memicit jerawat yang berjangkit boleh menyebarkan jangkitan di sekelilingnya. Ini menjejaskan pemulihan jerawat dan menyebabkan parut hitam selepas jerawat.
5. Hormon Tidak Seimbang
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Ia terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak. Hai ini sering berlaku dalam keadaan tekanan hidup, kurang tidur atau hormon dalaman yang tidak seimbang.
6. Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan
Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock menyebabkan kulit kurang imunisasi dan jerawat menjadi lambat pulih.
7. Terdedah Dengan Persekitaran
Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mencetuskan “free radical”dalam kulit kita, menjadi kulit lambat pulih dan menjadi kusam.
Rawatan:
1. Elakkan makanan seperti coklat, kekacang, susu, makanan goreng.
2. Memilih produk yang sesuai untuk jerawat. (link to skin care)
3. Kurangkan tekanan hidup, tidur awal dan mencukupi.
4. Elakkan memicit jerawat sendiri atau pergi salon dipicit oleh beautician, Klinik Mediskin ada rawatan yang terutamanya untuk jerawat.
c. Aqua Peel
d. Microdermabrasion (transderm)
f. Mesolift