Apa Itu Melasma (JERAGAT)
Melasma atau lebih dikenali sebagai jeragat adalah perubahan warna kulit menjadi gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari. Jeragat biasanya jadi di pipi, hidung dan dahi, tetapi boleh jadi di seluruh muka juga.
Melasma merupakan penyakit kulit yang biasa tetapi apabila dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan ia akan menjadi lebih serius dan paling teruk boleh menyebabkan kanser kulit.
Jeragat sering terjadi pada mereka berumur 25-50 tahun, lebih biasa di kalangan perempuan. Ia menjadi kulit kelihatan kusam dan kering.
Sebab Terjadinya Melasma
a) Terdedah kepada cahaya matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang “melanocyte” tercetus di lapisan epidermis kulit, menyebabkan pertukaran warna kulit menjadi hitam dan kusam.
b) Pengambilan pil hormone
Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil perancang) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, boleh merangsang pigmen baru terjadi di lapisan dermis kulit.
c) Pengguanan kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit mendagi gelap dan memburukkan lagi jeragat di muka. Selain itu, penggunaan barangan make-up yang tidak berkualiti dan bermutu rendah juga dikatakan menyumbang kepada masalah jeragat.
d) Kehamilan
Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Hormon progesterone and estrogen yang tinggi semesa hamil menjadi punca utama terjadinya melisma, jeragat dan jerawat.
Rawatan:
1. Elakkan cahaya matahari dengan sepenuhnya. Ini dapat dilakukan dengan pelindung cahaya SPF 50++ ke atas, mengguna payung di luar, memakai topi.
2. Elakkan produk muka dan kosmetik yang mengandungi bahan kimia binasa seperti asid, laktik asid, hydroquinone dan sebagainya
3. Membuat rawatan pemutihan kulit yang dapat membina kulit yang cerah dan sihat.
c. Carbon Peel
d. Photodynamic light treatment
e. Platelet Rich Plasma treatment